"ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA"
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah
Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu
bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali
Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"
Didalam Surah At-Thariq : 5-7
" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan?
Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar
dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"
Nabi bersabda:
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada
tanah"
Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s
supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s,
bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi
khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke
hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila
mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi
mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama
sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan
jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang
sama.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,
maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil
beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di
kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia. Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku
jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan
sebagainya."
Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam
mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh
yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk
menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
- Tanah tapak Baitul Maqdis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tapak Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah(Babylon)
- Tanah India
- Tanah Syurga
- Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
- Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
- Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
- Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
- Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
- Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
- Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
- Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
- Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
- Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
- Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
- Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
- Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
- Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya:
- Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air
tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat
kering
yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah
resapkan Nur
(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
- Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"
adalah
tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
- Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" .
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
- Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam,
ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
Adam yang
terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu
masuk.
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik
sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke
dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan,
yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun
orang
kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang
dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah:
- Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
- Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
- Mata alat penglihatan
- Hidung alat penciuman
- Telinga alat pendengaran
- Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
- Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam
tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan
tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan
kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan
suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.
Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman
"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat
Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula
mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya,
tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah
dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar).
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu
meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan
tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian
cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama.
Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang
begitu
menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun
lalu
diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
kelangit
yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.
Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika
berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan
Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di
bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah
riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang
Arafah (Padang Perkenalan).
Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat
yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah
melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki
dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka
dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang
lahir sekali